Thursday, 8 December 2011

Nappy Rash / Ruam Lampin

Selamat petang

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai ruam lampin/nappy rash. Anak sulung saya, Alya telah terkena ruam lampin yang teruk. Alya mempunyai kulit sensitif. Kebetulan masa tu jugak saya tukar susunya kepada jenama lain. Dan dia elergic kepada susu tersebut. Teruk. Bertambah teruk nappy rash die. Kesian. Setiap kali pergi basuh kat toilet, mesti menangis pedih.

Bagaimana ruam lampin berlaku?

Ia berlaku apabila kulit bayi bersentuhan dengan air kencing dan najis dalam tempoh yang lama.
So, kita mesti basuh dalam tempoh 15 minit selepas baby pooo. Lagi cepat lagi bagus. Kalau tak, kulitnya akan merah-merah. Cuma yang jadi masalah adalah kita tak tahu pun die pooo, so lambat basuh... huhuhu... Inilah yang terjadi pada Alya..

Biasanya bahagian yang terlibat adalah punggung, kemaluan dan celah paha kelengkang ruam lampin. Bila dah dijangkiti kuman, die boleh merebak ke leher, paha dan lain (tempat yang selalu berpeluh & digaru-garu)

Simptom
  • kulitnya kemerahan
  • gatal
  • ada biji-biji halus dikawasan tersebut 
Pencegahan
  • Tukar lampin apabila basah.
  • Tukarkan dgn kerap.
  • Tukar segera apabila terdapat najis
  • Jgn guna seluar dlm plastik

Adik saya, Dik La yang jadi farmasi PPUM cadangkan guna ubat dibawah setiap kali tukar lampin
  • Sapukan ointment setiap kali tukar pampers (contoh Bephanten) atau
  • zink cream / zink oksida (boleh beli kat mana-mana farmasi) atau
  • calamine
Katanya selamat untuk baby dan tiada kesan sampingan sebab bila sapu tu ia akan prevent kulit dari terkena najis / air kencing. Saya dah cuba & bila saya guna, macam sedang sapu cat putih kat punggung anak je

** Petua orang tua-tua pula, sapukan tepung ubi..
** Petua dr kawan-kawan, letak petroleum jelly / baby oil


Rawatan bila dah terkena ruam lampin 

  • Rawatan terbaik ialah jangan pakaikan lampin.. Tapi penatlah ibu nak cuci rumah
  • Kalau tak teruk sgt, guna je zink cream/calamine. Jgn guna hydrocortisane sebab kata Dik La boleh membantutkan tumbesaran.
  • Namun kalau dah teruk, gunalah ia sbb ia berfungsi sbg ubat utk merawat nappy rash
  • Tapi jangan guna ditempat yang baby garu sampai berdarah..
  • Hydrocortisane ni sebenarnya utk sakit exzema kata Dik La

Saya bukanlah pakar kulit. Sekiranya anak kita masih mengalami jangkitan, better jumpa specialist. Dalam kes Alya, bila tak baik walaupun dah guna ubat diatas, saya ingat nak bawa gi pakar kulit but Dik La suggest tukar balik susu (kebetulan time die kena nappy rash tu ibu tukar susu formula baru... BILA TUKAR JE SUSU YANG SEBELUM NI TERUS BAIK....

Friday, 11 February 2011

Sabun Pencuci

Lama tak post. Hari ni, aku nak bgth sabun-sabun yang aku guna kat rumah. Aku rasa terbest la
  1. Sabun pencuci pinggan terbaik aku rasa ialah Sunlight. 
  2. Sabun basuh pulak aku guna jenama dari COSWAY. Setakat ni puas hati. 
  3. Pencuci toilet pun dari COSWAY. Sangat berkuasa. Berus sikit-sikit pun dah ok 
Yang ni aku recommend la... Tak tau la org lain.. Emm...Pernah aku guna pencuci mesin basuh dari Cosway utk rumah umi aku, waduhhhhh... gelap color air mesin tu.. Bagus gakkan

Sharing is caring

Saturday, 5 February 2011

Alya dah boleh duduk

Semalam tanggal 5 Feb 2011 tercatat episod baru buat Alya. Anak ibu yang sorang ni dah boleh duduk... comelnya.. Tapi kesian... Banyak kali tumbang... Hari ni pun banyak kali Alya tersembam...

Abah & ibu die dah jaga tapi still jatuh..Huhu.. Aku jaga-jaga kat belakang, Alya tersembam kedepan. Tak cekap betul ibu & abah ni.

Rumah aku ni, takdela byk sangat barang. So pantang je nampak Abah & ibu die, Alya terus nak panjat. Nak berdiri... Kat umi aku, die nak belajar merangkak le tu..

Seronok tau ada anak. Rumah meriah. Tak tau la kenapa orang sanggup buang anak merata tu. Tak patut betul